Teman Cyber CikOdah

Wednesday 1 August 2012

Berbuka Puasa Di Restoren Terapung

Hari ni CikOdah offday.Suami CikOdah pun ada di rumah.Masing-masing tak ada kerja lain selain melepek tengok TV dan melayankan mata (tido).Masing-masing macam tak berminat nak ke Bazzar Ramadhan sebab CikOdah tengok suami CikOdah buat selamber badak je walau jam dah menunjukkan hampir jam 6.00 petang.Rupanya dia nak ajak CikOdah makan di sebuah restoren makanan laut di Restoren Terapung Bujang Firefly di kawasan Sungai Lebam.Lokasinya kira-kira 15 minit dari sini.Kami pergi naik motor je sebab kereta CikOdah bapa mertua CikOdah pinjam kerana mahu ke majlis tahlih arwah Mokde yang meninggal semalam.

Tiba je di sana jam dah menunjukkan hampir jam 6.35 petang.Kemudian CikOdah meronda-ronda di sekitar Sungai Lebam menaiki bot firefly.Pengunjung-pengunjung restoren yang mana mahu meronda dibawa naik bot selama lebih kurang 20 minit sementara menunggu tempahan maknan siap untuk berbuka puasa.CikOdah naik sorang je manakala suami CikOdah menunggu lauk sampai atas meja.

Seronok juga cuci-cuci mata di lewat petang.Ramai juga pengunjung-pengunjung lain yang naik,adalah dalam 40 orang termasuk kanak-kanak.Bayi pun ada.Hairan bin ajaib sekejap bila tengok sorang kakak yang duduk sebelah CikOdah ni naik bot bersama bayinya (anggaran umur 3-4 bulan kot) di waktu-waktu sebegini.Memanglah hantu setan dah diikat kakinya tapi rasa macam tak sesuai je di remang-remang senja dan masuk maghrib ni bayi kecil di bawa bersama.Banyak nyamuk!Inilah ibu moden.Kalau zaman tok nenek kita dulu aje matilah kena bebel.Ok,jom kita  cuci-cuci mata tengok keindahan kawasan Sungai Lebam dan sekitar restoren terapung tu.








Sehabisnya meronda CikOdah pusing lagi trip ke-2 sebab ada masa 15 minit lagi sebelum berbuka.Bukan apa malas nak tunggu order sampai.Kesian suami CikOdah kena tunggu kat meja sorang-sorang.Nak tau apa kami order untuk berbuka puasa? Nafsu bukan main tapi makannya sikit je yang kami sentuh.Kami pilih pakej untuk makan berdua yang harganya RM 65.Kemudian tambah 2 ekor ketam masak blackpaper harganya RM 36.So harga makanan yang kami pesan untuk berbuka tu ialah RM 101.Kira RM 100lah.Kongsi sorang RM50.Adilkan? Ketam tu CikOdah tak menyentuh pun dan akhirnya lauk yang tak habis tu CikOdah minta pelayan kedai tu tapau jelah biar makan kat rumah lepas-lepas perut bertenang nanti hihihi.Nak dibiar sayang pulak.Tapi nak dibawa balik malu.At last tinggalkan aje sifat malu tu hihihihihi.Sehabis makan dan beri ruang suami CikOdah memanaskan muncungnya (merokok le tu) kami pun balik sebelum jam 8.00 malam kami dah tiba rumah.



Penangan makan besar punya pasal,senak dada CikOdah sebab makan tomyam banyak sangat.Pedas dan masam cukup berasa.Memang superb tomyamnya.Sesiapa yang berkunjung ke Kota Tinggi atau sekitar kawasan Desaru jangan lupa singgah ke Restoren Terapung Bujang Firefly di Sungai Lebam.Anda pasti puas hati!

10 comments:

  1. Peh... untunglah merasi keindahan alam semula jadi sambil menikmati hidangan yang boleh dikatakan seperti makanan beradab...hihihi tengok makanan leh tergugat ooooo... bulan2 pose nie... rojer out.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha suami CikOdah belanja,CikOdah ngap aje

      Delete
  2. best nya dpt mkn kat tmpt mcm tue. tenang jerk ... jom join GA yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/08/saya-nak-sampul-duit-exclusive-yana-1st.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. esklusif tempatnya...ssuai bawa makan family ramai2...heaven!

      Delete
  3. bestnya..nasib baik jauh..kalau xdh ajak mama dya g situ..

    ReplyDelete
  4. aiyak, nampak makanan la :)

    salam 15 ramadhan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ramadhan juga buat nurul husna..bulan puasa penuh dengan keberkatan dan makanan..

      Delete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..