Teman Cyber CikOdah

Tuesday 31 July 2012

Berposing Sakan Di Loji Sg.Lebam

Petang ni tadi CikOdah meronda-ronda  dengan rakan sekerja CikOdah yang bernama Kpl Ramli tapi CikOdah lebih senang panggil dia dengan nama gelarnya saja "chip".Tak taulah CikOdah akan asal usulnya nama gelaran dia tu.Dah bunyi macam coklat chip nak buat biskut raya je CikOdah rasa hihihihi.

Kami meronda Gugusan Felda Lok Heng sebab si Chip ni nak jumpa dengan seseorang pasal dia nak beli handphone secondhand.Model Samsung Ace.Cantik juga CikOdah tengok akan tetapi CikOdah setia kepada yang satu.Hanya BB pujaan hatiku.Yang sebenarnya tangan CikOdah ni tak reti nak melayan handphone yang touch touch screen ni.Payah bebenau!

Balik dari Gugusan Felda Lok Heng kami masuk ke Felda Sungai Mas.CikOdah beli ayam panggang, bakso dan kuih seri muka dan talam cendol.Kopak jugalah duit CikOdah RM15 membeli juadah untuk berbuka nanti.


Kemudian dalam perjalanan balik kami singgah ke satu lokasi rondaan yang merupakan satu lokasi tumpuan yang sangat penting.Loji Air Sungai Lebam! Jalan nak naik ke atas di kawasan loji tu dah macam ala-ala jalan nak naik ke Bukit Larut Tepeng tapi takde lajh jauh sangat macam nak naik ke Bukit Larut tu.Jaraknya adalah dalam 700 meter macam tu sebelum tiba ke atas..Jom kita tengok apa yang ada di sana.







Besau tangki tadahan airnya!Masya Allah cantiknya dunia ciptaanMu Ya Allah.Bahang matahari yang panas tidak sikitpun CikOdah hirau sebab CikOdah nak shoot juga gambar-gambar sekitar logi air tersebut dan kelihatan dari atas nampak satu tasik buatan yang menjadi kawasan tadahan air.Cantiknya!






Cantik kan? Lepas puas berposing kat atas tu kami pun balik.Otak macam nak mendidih sebab panas sungguh cuaca hari ni.Pasang air-cond pun tak rasa sangat sejuknya.Inilah keja CikOdah, meniti hari-hari terakhir di sini sebelum berubah angin di lokasi dan suasana baru.Tinggal 9 hari saja lagi CikOdah nak menyarung uniform biru ni.Sedih pulak rasa hati.Ok selamat berbuka puasa sebentar saja lagi untuk semua rakan di luar sana.CikOdah berbuka puasa sorang diri hari ni.Suami CikOdah tiada kerana menziarahi ibu saudaranya yang meninggal dunia secara mengejut sekitar jam 2.00 petang tadi.Masa tu CikOdah sedang meronda sewaktu bapa mertua CikOdah memberitahu khabar sedih tersebut.Inalillah hiwainalillah Hirojiun.Moga Roh Mokde dicucuriNya dan moga beliau ditempatkan di sisi para kesayangan di Jannah sana.Amin..

Monday 30 July 2012

Penghujung Julai Yang Indah

Diam tak diam dah nak penghujung Julai dah.Dah lebih setengah tahun.Masa berlalu terlalu cepat.Ini bermakna masih berbaki 10 hari lagi untuk CikOdah berkhidmat di sini.Sedih juga dalam hati nak tinggalkan daerah yang sungguh indah ni,tapi tugas dan arahan harus dipatuhi.Itu mesti!

Petang 30 Julai yang cerah hari ini CikOdah dan 2 lagi teman sekerja meronda-ronda jam 2 petang hingga 6 petang.Kami ke sebuah perkampungan Felda yang dikenali dengan Gugusan Felda Lok Heng.Ini kerana Felda Lok Heng terbahagi kepada Lok Heng Timur,Barat dan Selatan.Kawasannya besar dan agak cantik.Dan bila dah kawasannya besar maka catatan jenayahnya juga bolehlah tahan.Di sini merupakan antara port meronda yang paling CikOdah suka.


Jalan nak keluar-masuk Lok Heng agak beralun dan turun naik bukit.Memang syoklah mat rempit merempit malam-malam.Damai dan tenang je CikOdah tengok kehijauan sekeliling.Indahnya ciptaanMu Ya Allah.



Bila tengok kedai tu sedih dan sayu hati CikOdah ni.Manakan mungkin kejamnya seorang yang bergelar manusia pada hari ini yang tergamak membunuh zuriatnya sendiri meskipun zuriat itu tidak halal.Moga Allah ampunkan ibu kepada bayi perempuan yang comel tu.Dan moga bayi comel itu di Syurgalah tempatnya.Amin.


Juadah istimewa CikOdah untuk hari ini 10 Ramadhan ialah kuih Talam Suji dan Talam Keladi.CikOdah suka kuih ni.Harganya RM 1.20 bagi 1 potongan sebegini.Selamat Berbuka Puasa semua,Alhamdulillah sebentar saje lagi sempurnalah puasa kita yang ke 10 Ramadhan.Syukur Ya Allah.

Saturday 28 July 2012

8 Ramadhan yang penat ...

Masya Allah.Diam tak diam sudah lebih seminggu umat islam berpuasa.Masa berlalu dengan begitu pantas.CikOdah masih lagi di sini.Hari ni siangnya CikOdah tak meronda disebabkan rakan sekerja CikOdah Udin balik Operasi lewat pagi jadi manakan daya dia nak bangun awal untuk ronda syif 12-4.Maka hari ni siangnya kami standby saja di rumah.CikOdah berkemas dan membungkus pakaian-pakaian lama dan mana-mana uniform lama serta baju-baju lama tu dah CikOdah humbankan dalam tong sampah.Buat semak je baik dibuang,bukan boleh dipakai pun.

Hari ni CikOdah berbuka keseorangan lagi.CikOdah ada Nasi Ambang yang adik ipar CikOdah beri tadi semasa dia datang ke rumah untuk tukar pakai kereta kerana keluarga mertua CikOdah nak berbuka di Kulai rumah anak angkat mereka di sana.CikOdah cuma ke Bazzar Ramadhan BP dan beli dessert kegemaran CikOdah dari dulu kini dan selamanya.Nak tau apa? Jom tengok..


CikOdah letakkan dalam peti sejuk biar sejuk sikit dan berbuka nanti dimakan dengan air gula melaka.Heaven! Selamat berbuka puasa ke 8 Ramadhan.Meskipun sedikit penat berkemas rumah untuk berpindah tetapi CikOdah ok aje.



Mentari mula hilang bersembunyi dan itu  menandakan masa untuk berbuka tidak beberapa lama je lagi.Tata.Alhamdulillah segala nikmat dan rezekiMu Ya Allah..


Thursday 26 July 2012

Ronda-Ronda Lebuhraya

Ronda lagi.Mesti semua bosan CikOdah asyik bercerita tentang lokasi rondaan CikOdah.Bukan apa,sebab inilah kerja dan kehidupan CikOdah.Dah memang kejanya begini.Lagipun kalau dirumah tiada apa yang menarik untuk dikongsikan.Hari ni CikOdah meronda jam 12tengahari hingga 4 petang lagi.CikOdah pergi ke kawasan Lebuhraya Desaru-Senai ( SDE Expressway ).Perjalanan hendak sampai ke Jambatan lebih kurang 15 minit je.Dengan cuaca yang panas terik CikOdah ajak juga incharge CikOdah iaitu Kpl Usop ke sana.Saja nak birukan mata tengok air laut.Jom kita cuci mata dengan membiru dan memutihkan mata sekejap.









Segar kejap mata yang memang dah sedia layu meronda dikala matahari tegak ni.Kemudian kami keluar highway dan kami ke Sungai Mas dan Lok Heng untuk membeli juadah berbuka puasa.Dan inilah apa yang CikOdah beli untuk santapan CikOdah berbuka hari ini.CikOdah sendiri lagi.Maka belilah ala kadar saja karang jam 12 tengah malam meronda kita jalan jalan cari makan lagi.



Selamat berbuka puasa untuk semua.Insya Allah hampir sempurna puasa kita ke 6 Ramadhan tinggal tidak beberapa jam saja lagi.CikOdah bersyukur dengan rezekiNya yang dilimpahkan ke atas CikOdah untuk bulan yang penuh rahmat dan mulia ini.Sehingga berjumpa lagi.Salam dan tata.

Wednesday 25 July 2012

Indahnya duniaku

CikOdah meronda lagi kali ini CikOdah menyusup dalam kebun kelapa sawit dan melihat destinasi popular para pemancing ikan air tawar dan juga udang galah.Sementara dalam perjalanan masuk ke dalam dan melewati pokok-pokok sawit ada CikOdah ternampak ayam hutan berlari ke sana-sini dengan bebasnya.Adalah 3-4 ekor.Kecil badan ayam hutan tersebut.Nak CikOdah ambil gambarnya tak sempat kerana ayam hutan berkenaan lari dengan laju dan terus terbang di celahg-celah pelepah sawit dan terus hilang.Enaknya kalau dapat makan gulai lemak cilipadi ayam hutan,mesti isi dan dagingya lembut dan manis.

Kemudian CikOdah sampai ke sebatang sungai yang menghijau direndangi beberapa pohon di tepi-tepi sungai tersebut.Permandangan yang sangat indah.Tapi terik matahari di awal petang sekitar jam 1.45 petang tu tidak memungkinkan CikOdah berdiri luar dalam jangkamasa yang lama sebab sakit kepala dibuatnya.Maka CikOdah sempat mengshoot beberapa keping gambar sahaja.Lepas tu Cik Odah pun keluar dari kawasan sawit tersebut.





Kemudian kami singgah ke Desaru Fruit Farm dan CikOdah beli sebotol madu asli.Madu tu harga asalnya RM120 tapi sebab kenal dengan tokeynya maka CikOdah dapat harga murah saja.CikOdah nak minum madu bercampur limau nipis setiap hari selepas selesai ibadah puasa ni.Ada hamba Allah yang mencadangkan CikOdah ambil madu setiap pagi untuk kecergasan badan,ketajaman akal fikiran dan baik untuk pelawasan.Kita cuba,kalau tak cuba manakan tau,kan?

Petang ni CikOdah tak memasak apapun.CikOdah nak berbuka puasa di rumah mertua.Kami beli saja juadah berbuka dan bawakan di sana,teruk betul menantu macam CikOdah ni kan?Yang sebenarnya CikOdah malas nak memasak sebab dah tau ibu mertua CikOdah mesti banyak juadah yang dimasaknya.Ok semua selamat berbuka untuk 5 Ramadhan.Moga-Moga sempurna puasa kita yang kelima hari ini dan seterusnya.Amin.Tata.


Tuesday 24 July 2012

Roti Goreng Bersalut Oats CikOdah

Seperti biasa CikOdah di hujung-hujung waktu yang hanya menunggu masa untuk berpindah ni hanyalah bertugas di bahagian rondaan saja.Malas nak duduk di ofis lebih baik CikOdah meronda meluaskan mata dan menikmati gelagat-gelagat manusia sekeliling.CikOdah meronda jam 12 tengahari hingga 4 petang.Merata CikOdah meronda mencari bazzar ramadhan yang best tapi semuanya di kawasan sini berstatus "haremmmm".Bukan nak katalah,makanan yang dijual semuanya tak ada yang bersifat luarbiasa.Semuanya same je .Sebelah jual karipap yang sebelah kanan kiri pun sama menjual karipap.Jemu jadinya.At last CikOdah beli Ikan Jeket Bakar ( cencaru )  dengan sebungkus nasi putih.Kuihnya CikOdah beli kuih manis-manis 3-4 keping.Jadilah kan sebab hari ni masih berbuka sendiri tanpa ditemani suami kerana tuntutan tugas.Kesian tak?

On the way balik ke pejabat,CikOdah sudah singgah tepi jalan orang menjual makanan laut fresh dari laut Sedili.Ini memang fresh punya ikan,sotong,ketam,udang, belangkas dan macam-macamlah.CikOdah sudah beli sikit ketam (4 ekor)  dan 2 ekor sotong.CikOdah sekor dan suami sekor .Adil dan saksama.Harganya? Tak sampai RM 15.Murah benar.





Balik meronda mengemas dapur kejap.Kemas punya kemas baru perasan ada roti putih potong yang masih belum berusik.Check expired date 27 July 2012.Alamak! Maka tercetuslah idea sepontan nak membuat Roti Goreng.Bahan-bahan CikOdah guna mana yang ada dalam peti ais.Ada sikit sayur ,udang geragau,isi ayam dan ada Quacker Oats yang CikOdah beli.Maka CikOdah ambil keputusan nak balut roti goreng tu dengan oats saje.Jom check bahan-bahan dan resipinya.

6-7 keping roti putih keping ( dibuang tepinya iaitu kerak )
sebiji telur ayam dipukul dan diletak sedikit garam
setengah cawan Oats ( Quacker Oats ) nak pakai nestum pun boleh

Bahan Intinya :-
Isi daging ayam yang didadu halus
Kobis bunga didadu halus
Kacang buncis didadu halus
capsicum (cili benggala) didadu halus
3 biji cili api dipotong kecil-kecil
2 biji bawang merah dihiris halus
sedikit serbuk lada putih
garam
sedikit gula
Minyai masak untuk mengoreng
sesudu udang geragau ( jika suka)

Cara buat Inti :-

1.Tumiskan bawang ke dalam sedikit minyak
2.masukkan udang geragau yang sudah dibilas
3.Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing
4.Masukkan bunga kobis masak sehingga sedikit layu
5.Masukkan kacang buncis,lada benggala,cili api potong
6.Kacau sehingga sayur kelihatan masak tetapi jgn terlalu layu
7.Masukkan garam dan serbuk lada putih
8.kacau rata dan siap.


Cara-cara :-







1.Ambil roti keping dan diletakkan atas pinggan /permukaan bersih



2.Letak inti ditengah tengah roti dan gulung
3.Balut roti tersebut dengan kemas ( dengan kaedah menggulung)
4.Celupkan pada telur yang telah dipukul
5.Kemudian letakkan pada oats dan balutkan dengan oats
6.Masukkan dalam kuali yang berminyak panas sederhana
7.Goreng jangan api kuat tetapi api sederhana
8.Angkat dan toskan dengan kertas penyerap
9.Hidangkan dengan meletakkan sos kegemaran anda




Sonangbaitu kan?Selamat berbuka puasa ye.Hampir sempurna 4 Ramadhan hari ini.Tinggal beberapa minit je lagi berbuka bagi bumi bertuah Johor ni.CikOdah buat 6 keping.CikOdah nak makan masa CikOdah tengok TV nanti.

Monday 23 July 2012

Popia Basah Darurat CikOdah



Sehabis saja meronda pagi tadi dan balik pun dah masuk tengahari CikOdah melelapkan mata sampai tersedar jam 3.30 petang.Masya Allah nasib baik terjaga untuk Zohor.Selesai Zohor CikOdah melayankan mata lagi sampailah jam 5.30 petang.Teruk benar kan?Inilah jadinya kalau CikOdah berseorangan.Tak tau apa nak dibuat.Nak mengemas buntu fikiran dan akhirnya apabila CikOdah bangun je jam 5.30 petang tu terus CikOdah Asar.Lepas tu mulalah terfikir apa aku nak masak harini.

Akhirnya CikOdah memutuskan nak buat Popia Basah.Tapi ini versi darurat sebab barang-barang memang tak menepati piawaian dan standard sebenar pembuatan Popia Basah.Bantai je la janji tak makan nasi.Malas nak makan nasi.

Bahan-bahannya mudah aje.Ada daging ayam,sayur-sayur,cili padi, bawang untuk menumis maka akan siaplah initinya yang mudah mengikut citarasa masing-masing tetapi tidak mengikut standart sebenar resipi POPIA BASAH ok?Jom kita tengok rupa paras muka bumi Popia Basah Darurat Cik Odah.








Alhamdulillah.CikOdah buat 3 keping aje.Sayangnya kulit popia tu tak reti nak dinipiskan maka dah serupa lempeng.Inilah Popia Basah Darurat resepi ciptaan CikOdah untuk dijadikan juadah berbuka sebab malas nak makan nasi.Minum pula sunquick oren dan 3 biji kurma.Itu sudah cukup nikmat dan kenyang buat CikOdah.Ada 2 keping lagi CikOdah simpan untuk CikOdah makan balik ronda malam ni nanti.Silap haribulan itu juga juada bersahur CikOdah.Alhamdulillah sempurna sudah 3 Ramadhan hari ini.Bersyukur ke atas nikmatmu Ya Allah.Selamat beribadat semua.CikOdah nak bersiap meronda sekejap lagi hingga jam 12 tengah malam.Salam.

Ronda Pantai Di Pagi Hari

Cuma ada 16 hari lagi CikOdah bertugas di sini serta menetap di sini.Dalam masa 16 hari inilah peluang untuk CikOdah menghargai apa saja yang ada di depan mata CikOdah samada orang di sekeliling CikOdah mahupun dimana jua CikOdah pergi ke lokasi-lokasi menarik yang selama 12 tahun dipandang sepi oleh CikOdah selama ini.Dulu semasa mula-mula CikOdah tercampak di sini 12 tahun yang lalu,CikOdah suka ke pantai.Habis kerja CikOdah bersama sahabat CikOdah yang sama-sama dicampakkan di hujung-hujung dunia ni akan pergi ke pantai.Samada kami mandi ataupun kami duduk-duduk mengambil angin pantai sambil bercerita.Suka sangat senario masa tu.Tapi lama kelamaan perasaan jemu datang.Jarang CikOdah ke pantai hanya sesekali CikOdah berkunjung apabila berkelah bersama keluarga.Ataupun bila ada kes kematian lemas di pantai.Itupun bergantung kepada tugas CikOdah ketika kejadian.Jika CikOdah meronda adalah CikOdah kesana.Dalam setahun tu adalah 4-5 kali sahaja CikOdah ke sana.Biasanya kami lalu-lalu saja semasa ronda.Keterujaan menikmati angin pantai di sini semakin kurang.Tetapi kini setelah di hujung-hujung waktu, keterujaan itu kembali.Wah!

Lazimnya hanya pengunjung-pengunjung luar saja yang berminat ke sini.Tetapi bagi penduduk tempatan ada aku  kisah?Nak mati ke nak lemas ke sapa suruh kau mandi?Begitulah senarionya lebih kurang.Pagi tadi CikOdah bertugas ronda dari jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.Apalagi,CikOdah pun merondalah di kawasan pantai.Dan kali ini destinasi pilihan kami ialah "Tanjung Lompat".Ianya adalah kawasan penempatan sementara para nelayan tempatan di sebuah kawasan yang agak terpencil dan tersorok yang hanya beberapa kilometer saja dari pantai Tanjung Balau.Bukan semua tahu lokasinya di mana tetapi hanya para nelayan dan pemacing tegar je yang tau lokasinya ini.Jom kita menikmati suasananya di bawah ..




Dan CikOdah bawa bersama adik-adik Sukarelawan Polis (SP) yang selama ini banyak membantu CikOdah dalam tugas seharian.Tak lama lagi je CikOdah bertugas dengan mereka.Esok-esok adalah pengganti yang menggantikan CikOdah dan bawa mereka meronda.Mereka-mereka ni adalah sukarelawan yang dilantik untuk membantu pihak polis membuat rondaan.Maka kami bawalah mereka bersama ketika penugasan ronda.Seronok juga meronda beramai-ramai.Buat peneman mengantuk!


Kalau bab berposing serahkan saja pada mereka bertiga! Ok itu saja catatan untuk pagi ini.Matahari dah tegak meninggi dan mata CikOdah pun semakin melayu.Kami habis meronda jam 12 tengahari dan balik untuk berehat kerana malam nanti CikOdah meronda kembali.Tata, selamat berpuasa untuk 3 Ramadhan untuk semua.CikOdah mula mencega-cega apa juadah berbuka nak dimasak dan dibeli nanti.

Sunday 22 July 2012

" Ronda Ronda "

Petang tadi seperti dirancang CikOdah membonceng si merah pujaan hati suami CikOdah ke Bazzar Ramadhan Adela untuk mencari juadah berbuka.Lihatlah apa yang kami beli.Puas cari kuih yang berkenan di hati akhirnya CikOdah memilih "Tepung Bungkus".Sedap tau.


Inilah juadah berbukanya.Ikan Tuka Bakar, Urap Pengaga + Taugeh + Daun Kunyit, Ayam Percik berkuah Satay (Kalau tau dia punya kuah rasa satay baiklah CikOdah beli aje Satay Ayam ) , Sambal Kupang dan 2 ketul Bergedil Kentang.Alhamdulillah rezeki Allah.


Inilah kuih Tepung Bungkusnya.Nampak tak menarik tetapi rasanya sedap bukan main.Cuma Cikodah kelakar makcik penjual tu,dalam tupperware tu ada 5 keping tapi dia beri CikOdah 4 keping je dengan harga RM1.Apa salahnya dia masukkan yang berbaki 1 tu sebagai sedekah atau kalau takut rugi cas jelah berapa nak cas CikOdah bayar je la kan.Macam-macam gelagat penjual kat bazzar musim-musim buat duit ni kan.

Lepas beli juadah berbuka Cikodah dan suami meronda-ronda dengan motor.Tertonggek montot CikOdah dibuatnya.Tapi sesekali naik motor best kan.Asyik memandu pun bosan juga.Kami ke kawasan Desaru yang jauhnya hanya 5 minit dari rumah CikOdah.


Jangan tiru aksi sebegini ini aksi berbahaya mengambil gambar ketika membonceng motor.Silap haribulan tergolek dog.


CikOdah kasi enterframekan sekali penunggang setia CikOdah yang sanggup ke mana saja dengan Cikodah yang banyak cingkadak ni.Si merah inilah "madu" baru CikOdah.Menyampah bila suami CikOdah asyik mengulit dia je.

Ok.Tiada apa yang menarik hari ni.Ingatkan nak berbuka dengan keluarga mertua tapi mereka keluar menghantar adik ipar bongsu CikOdah balik ke asrama sekolah.Jadinya plan berbuka sama mereka cancel.Alhamdulillah sempurna sudah puasa ke 2 Ramadhan.Moga Allah memberi peluang untuk kita mengerjakan puasa ke 3 Ramadhan dan seterusnya.Insya Allah.