Teman Cyber CikOdah

Sunday 5 August 2012

Dugaan 16 Ramadhan

CikOdah tiba je berek dari kampung lebih kurang jam 4 .30 pagi.Sempat kami bersahur dengan  baki makanan jamuan yang ditinggalkan untuk CikOdah oleh rakan-rakan sekerja.Selesai sahur dan Subuh CikOdah pengsan keletihan dan bangun je dah 12.30 tengahari.Cepat-cepat CikOdah telefon opis nak tanya  partner ronda 1 shift dengan CikOdah iaitu Kpl Yusof dah keluar ke tidak.Tetapi berita yang "BURUK" CikOdah terima dari anggota balai.Seorang penyelia CikOdah bernama Kpl. Hazuan dan keluarganya telah terlibat kemalangan di kawasan Endau - Rompin.Dan lebih menyayat hati anak bongsunya yang baru berusia 7 bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian.Ya Allah hebatnya dugaan Mu terhadap mereka.

CikOdah yang dah siap mandi selepas bangun tidur bergegas terus pakai baju dan turun ke opis untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.Boss dan rakan sekerja lain semuanya dah ada di balai.Boss CikOdah nak pergi ke Hospital Mersing kerana semua mangsa di bawa ke sana dari tempat kejadian.Katanya kejadian tepat jam 12.15 tengahari (lebih kurang la!)

Akhirnya CikOdah yang hanya bertracksuit,berjersi sepanyol dengan versi very the sempoi pun ikut sama boss dengan 2 lagi rakan sekerja CikOdah iaitu Sjn.Mazlan dan Kpl Ramli (Chip).Kami tiba di Mersing kira-kira jam 2.15 petang.Suasana di kawasan sekitar Hospital Mersing tu macam aman damai sangat.Kereta pun tak banyak dan hospitalnya alahai cutenya (kecik do'oh).Ketika kami sampai , kesemua mangsa dalam bilik rawatan dan hanya boss CikOdah yang dibenarkan masuk melihat Kpl Hazuan dan keluarganya.Kami kemudiannya menunggu kedatangan waris/keluarga Kpl Hazuan dan kami ditugaskan memastikan segala urusan jenazah anaknya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah semuanya mendapat kerjasama yang baik dari anggota-anggota polis Daerah Mersing.Terutamanya Tuan KBKA/KTD mereka serta Tuan KBND mereka yang sangat sempoi dan ramah.Dapat juga CikOdah jumpa SI Ismail iaitu OCS Balai Pengerang yang lama yang telah bertukar di Narkotik Mersing.Kami ada berbual-bual dan bertukar cerita tentang kerja  masing-masing.



Sementara menunggu urusan penghantaran mangsa ke HSI dan HSA, CikOdah dan Chip sempat membeli belah keropok lekor dan makanan kering semasa kami mengisi bahan api kenderaan pasukan di Petronas Mersing.Macam-macam CikOdah beli.Terbang RM 60 beli keropok ikan tamban,sotong kering,satay obor-obor,sotong kering dan keropok lekor.Dah terlanjur ke sini maka bagus juga CikOdah memborong.Oleh kerana ada satu kedai tu namanya kedai Hj Ramli (sama dengan nama Chip) maka si Chip pun singgah situ sebab nama sama dengan tokey.Cis..ada pulak macam ni eh?




Urusan di hospital mengambil masa yang agak lama dan akhirnya CikOdah berbuka dengan Chip di sebuah restoren berhampiran kedai keropok yang kami singgah tadi manakala boss dan Sjn Lan berbuka bersama Tuan KBKA dan keluarganya.Selesai makan kami bergegas semula ke hospital dan CikOdah diberitahu bahawa isteri dan ibu mertua KPL Hazuan telah dipindahkan ke Johor manakala KPL Hazuan dan bapa mertuanya masih di Hospital Mersing.Sekitar jam 8.30 malam kami baru berpeluang masuk ke dalam Wad Melor (L) untuk menemui KPL Hazuan.Simpati CikOdah melihat keadaannya yang cedera patah tulang rusuk kanan dan tempurung kaki nya pecah.Masya Allah.Lagi sedih hingga menitik airmata CikOdah bila melihat dan mendengar beliau menangis.lebih kurang 10 minit kami meluangkan masa di dalam war kami kemudiannya keluar untuk memberi ruang KPL Hazuan berehat dan menenangkan dirinya.

Jenazah anaknya telah diputuskan oleh kaum keluarga untuk dibawa balik ke Kuala Krai Kelantan yang megambil masa sampai kira-kira 12 jam.Masya Allah kesiannya jika difikirkan.Jarak yang jauh untuk jenazah.Selesai semuanya kami mengundur diri dan jam CikOdah lihat sudah menunjukkan hampir 10.00 malam.Kami tiba di opis / balai sekitar jam 11.50 malam.Seluruh badan CikOdah ni rasanya dah macam-macam bau melekat dan muka ni kalau diletak daging burger dah boleh masak!CikOdah balik dan terus mandi dan makan sebab tiba-tiba lapar lagi!

Al Fatihah buat anakanda KPL Hazuan.Hanya 7 bulan dia dipinjamkan untuk berada di dunia yang bertuah ini,dariNya kita datang kepadaNYA kita kembali.Moga Roh Si Kecil itu tenang di sana dan pastinya SYURGA lah tempatmu .Nanti CikOdah upload kan gambar kenangan CikOdah dengan arwah.CikOdah kena barik semula gambar-gambar lama.Tata ,CikOdah nak tidur,flatttt abis ni..

2 comments:

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..