Teman Cyber CikOdah

Sunday 5 August 2012

Dugaan 16 Ramadhan

CikOdah tiba je berek dari kampung lebih kurang jam 4 .30 pagi.Sempat kami bersahur dengan  baki makanan jamuan yang ditinggalkan untuk CikOdah oleh rakan-rakan sekerja.Selesai sahur dan Subuh CikOdah pengsan keletihan dan bangun je dah 12.30 tengahari.Cepat-cepat CikOdah telefon opis nak tanya  partner ronda 1 shift dengan CikOdah iaitu Kpl Yusof dah keluar ke tidak.Tetapi berita yang "BURUK" CikOdah terima dari anggota balai.Seorang penyelia CikOdah bernama Kpl. Hazuan dan keluarganya telah terlibat kemalangan di kawasan Endau - Rompin.Dan lebih menyayat hati anak bongsunya yang baru berusia 7 bulan telah meninggal dunia di tempat kejadian.Ya Allah hebatnya dugaan Mu terhadap mereka.

CikOdah yang dah siap mandi selepas bangun tidur bergegas terus pakai baju dan turun ke opis untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.Boss dan rakan sekerja lain semuanya dah ada di balai.Boss CikOdah nak pergi ke Hospital Mersing kerana semua mangsa di bawa ke sana dari tempat kejadian.Katanya kejadian tepat jam 12.15 tengahari (lebih kurang la!)

Akhirnya CikOdah yang hanya bertracksuit,berjersi sepanyol dengan versi very the sempoi pun ikut sama boss dengan 2 lagi rakan sekerja CikOdah iaitu Sjn.Mazlan dan Kpl Ramli (Chip).Kami tiba di Mersing kira-kira jam 2.15 petang.Suasana di kawasan sekitar Hospital Mersing tu macam aman damai sangat.Kereta pun tak banyak dan hospitalnya alahai cutenya (kecik do'oh).Ketika kami sampai , kesemua mangsa dalam bilik rawatan dan hanya boss CikOdah yang dibenarkan masuk melihat Kpl Hazuan dan keluarganya.Kami kemudiannya menunggu kedatangan waris/keluarga Kpl Hazuan dan kami ditugaskan memastikan segala urusan jenazah anaknya berjalan dengan lancar.Alhamdulillah semuanya mendapat kerjasama yang baik dari anggota-anggota polis Daerah Mersing.Terutamanya Tuan KBKA/KTD mereka serta Tuan KBND mereka yang sangat sempoi dan ramah.Dapat juga CikOdah jumpa SI Ismail iaitu OCS Balai Pengerang yang lama yang telah bertukar di Narkotik Mersing.Kami ada berbual-bual dan bertukar cerita tentang kerja  masing-masing.



Sementara menunggu urusan penghantaran mangsa ke HSI dan HSA, CikOdah dan Chip sempat membeli belah keropok lekor dan makanan kering semasa kami mengisi bahan api kenderaan pasukan di Petronas Mersing.Macam-macam CikOdah beli.Terbang RM 60 beli keropok ikan tamban,sotong kering,satay obor-obor,sotong kering dan keropok lekor.Dah terlanjur ke sini maka bagus juga CikOdah memborong.Oleh kerana ada satu kedai tu namanya kedai Hj Ramli (sama dengan nama Chip) maka si Chip pun singgah situ sebab nama sama dengan tokey.Cis..ada pulak macam ni eh?




Urusan di hospital mengambil masa yang agak lama dan akhirnya CikOdah berbuka dengan Chip di sebuah restoren berhampiran kedai keropok yang kami singgah tadi manakala boss dan Sjn Lan berbuka bersama Tuan KBKA dan keluarganya.Selesai makan kami bergegas semula ke hospital dan CikOdah diberitahu bahawa isteri dan ibu mertua KPL Hazuan telah dipindahkan ke Johor manakala KPL Hazuan dan bapa mertuanya masih di Hospital Mersing.Sekitar jam 8.30 malam kami baru berpeluang masuk ke dalam Wad Melor (L) untuk menemui KPL Hazuan.Simpati CikOdah melihat keadaannya yang cedera patah tulang rusuk kanan dan tempurung kaki nya pecah.Masya Allah.Lagi sedih hingga menitik airmata CikOdah bila melihat dan mendengar beliau menangis.lebih kurang 10 minit kami meluangkan masa di dalam war kami kemudiannya keluar untuk memberi ruang KPL Hazuan berehat dan menenangkan dirinya.

Jenazah anaknya telah diputuskan oleh kaum keluarga untuk dibawa balik ke Kuala Krai Kelantan yang megambil masa sampai kira-kira 12 jam.Masya Allah kesiannya jika difikirkan.Jarak yang jauh untuk jenazah.Selesai semuanya kami mengundur diri dan jam CikOdah lihat sudah menunjukkan hampir 10.00 malam.Kami tiba di opis / balai sekitar jam 11.50 malam.Seluruh badan CikOdah ni rasanya dah macam-macam bau melekat dan muka ni kalau diletak daging burger dah boleh masak!CikOdah balik dan terus mandi dan makan sebab tiba-tiba lapar lagi!

Al Fatihah buat anakanda KPL Hazuan.Hanya 7 bulan dia dipinjamkan untuk berada di dunia yang bertuah ini,dariNya kita datang kepadaNYA kita kembali.Moga Roh Si Kecil itu tenang di sana dan pastinya SYURGA lah tempatmu .Nanti CikOdah upload kan gambar kenangan CikOdah dengan arwah.CikOdah kena barik semula gambar-gambar lama.Tata ,CikOdah nak tidur,flatttt abis ni..

Saturday 4 August 2012

Dugaan Di Hari Kejadian CikOdah

Yang sebenarnya hari ni adalah hari kejadian CikOdah ke 34.Ya Allah kertunya aku! 02-08-78 CikOdah dilahirkan di dunia.Alhamdulillah syukur segala nikmat dan kurniaan Allah kepada CikOdah.Hari yang berbahagia ni CikOdah sebenarnya tak plan ke mana.Suami CikOdah pun selamber derk je.Tiba-tiba adik ipar CikOdah yang bernama Ana sudah ajak CikOdah makan kat area bandar Kota Tinggi sebab dia kata teringin sangat nak makan "IKAN SIAKAP 3 RASA".Kesian pulak CikOdah dengar.Mana tau mengidam kan?So lepas asar CikOdah dan suami ke rumah mertua sebab nak jemput mak,abah mertua dan adik ipar lelaki CikOdah di rumah untuk naik bersama kami ke Kota Tinggi.

Tiba di Kota Tinggi kami berjalan dan menjamu mata di Bazzar Ramadhan  yang menjual pelbagai keperluan hari raya di kawasan berhampiran Pasaraya Kini dan Pizza Hut tu.Manusia punyalah penuh.Masing-masing dengan agenda masing-masing.Kami kemudiannya berbuka di sebuah kedai makan kecil belakang bazzar tu dengan hanya minum air dan makan jemput-jemput bilis yang dibawa dari rumah oleh mertua CikOdah.Selesai berbuka dan solat maghrib kami bergegas ke sebuah restoren yang dikenali dengan nama "Jenggo".Suami Cikodah yang pilih pakej menu.Dan kami makan bertujuh termasuk seorang anak angkat mertua CikOdah yang bernama Siti Arpah ( teman baik kepada adik ipar CikOdah ).Jom tengok apa yang CikOdah sudah bedal.


Ikan Siakap 3 Rasa,Ikan Siakap Stim Limau, Tomyam Seafood, Telur Dadar, Udang Tepung, Kailan Ikan Masin,Kerang Bakar , Sup Ekor,Buah Limau, Air Tembikai.Pakej ni harganya RM 120 untuk 8 orang makan.Bolehlah tu.Makanan pun sedap.Cuma layanan je kurang ramah mesra.Muka masam je budak pelayan perempuan tu.Lain kali nak meniaga muka kena senyum sikit,dik..


Entah apa yang dilucukan oleh kakak ipar CikOdah (kiri), ibu mertua (tengah) dan Siti Arpah ( anak angkat mertua CikOdah ) ketika mereka sedang makan tu.Ini mesti suami CikOdah yang melawak.



Tiada KEK untuk hari kejadian CikOdah ke 34 kali ni.Tak apa janji orang yang tersayang ingat hari istimewa kita kan?Lepas makan kami membeli barang di Econsave dan CikOdah dan suami membeli barangan untuk buat perapan ayam untuk majlis perpisahan CikOdah yang dianjurkan oleh rakan sekerja CikOdah.Tugas CikOdah dan suami macam biasa la tukang marinate ayam! Kami beli barang perapan dan masa CikOdah selesai je membeli CikOdah sudah terima satu panggilan telefon dari adik perempuan CikOdah beritahu satu berita kurang baik.Dan akhirnya tugas memerap ayam terpaksa digalaskan kepada orang lain dan CikOdah serta suami harus pulang ke kampung di Melaka malam tu juga!Family comes first itu prinsip CikOdah.Setelah dapat green light dari boss CikOdah dan suami bersetuju untuk balik kampung  naik motor.Seronok juga naik motor tengah-tengah malam.Yang tak bestnya sakit buntot!Alhamdulillah kami tiba di kampung sekitar jam 3.30 pagi.


Lenguh pinggang ye cik abang?Kesiann...

Sudahnya majlis perpisahan kemana, perap ayam kemana , CikOdah dan suami pun tah kemana.CikOdah ada hal penting dan masalah keluarga yang perlu di selesaikan.Kalau tidak sure CikOdah tak miss majlis tu.Maafkan CikOdah yer boss dan kawan-kawan.Family comes first dan nak balik ke Kota Tinggi semula petangnya tu hujan lebat selebatnya membawa ke malam.Dugaan yang agak hebat buat CikOdah di hari kejadian.Sabar je lah..

Wednesday 1 August 2012

Berbuka Puasa Di Restoren Terapung

Hari ni CikOdah offday.Suami CikOdah pun ada di rumah.Masing-masing tak ada kerja lain selain melepek tengok TV dan melayankan mata (tido).Masing-masing macam tak berminat nak ke Bazzar Ramadhan sebab CikOdah tengok suami CikOdah buat selamber badak je walau jam dah menunjukkan hampir jam 6.00 petang.Rupanya dia nak ajak CikOdah makan di sebuah restoren makanan laut di Restoren Terapung Bujang Firefly di kawasan Sungai Lebam.Lokasinya kira-kira 15 minit dari sini.Kami pergi naik motor je sebab kereta CikOdah bapa mertua CikOdah pinjam kerana mahu ke majlis tahlih arwah Mokde yang meninggal semalam.

Tiba je di sana jam dah menunjukkan hampir jam 6.35 petang.Kemudian CikOdah meronda-ronda di sekitar Sungai Lebam menaiki bot firefly.Pengunjung-pengunjung restoren yang mana mahu meronda dibawa naik bot selama lebih kurang 20 minit sementara menunggu tempahan maknan siap untuk berbuka puasa.CikOdah naik sorang je manakala suami CikOdah menunggu lauk sampai atas meja.

Seronok juga cuci-cuci mata di lewat petang.Ramai juga pengunjung-pengunjung lain yang naik,adalah dalam 40 orang termasuk kanak-kanak.Bayi pun ada.Hairan bin ajaib sekejap bila tengok sorang kakak yang duduk sebelah CikOdah ni naik bot bersama bayinya (anggaran umur 3-4 bulan kot) di waktu-waktu sebegini.Memanglah hantu setan dah diikat kakinya tapi rasa macam tak sesuai je di remang-remang senja dan masuk maghrib ni bayi kecil di bawa bersama.Banyak nyamuk!Inilah ibu moden.Kalau zaman tok nenek kita dulu aje matilah kena bebel.Ok,jom kita  cuci-cuci mata tengok keindahan kawasan Sungai Lebam dan sekitar restoren terapung tu.








Sehabisnya meronda CikOdah pusing lagi trip ke-2 sebab ada masa 15 minit lagi sebelum berbuka.Bukan apa malas nak tunggu order sampai.Kesian suami CikOdah kena tunggu kat meja sorang-sorang.Nak tau apa kami order untuk berbuka puasa? Nafsu bukan main tapi makannya sikit je yang kami sentuh.Kami pilih pakej untuk makan berdua yang harganya RM 65.Kemudian tambah 2 ekor ketam masak blackpaper harganya RM 36.So harga makanan yang kami pesan untuk berbuka tu ialah RM 101.Kira RM 100lah.Kongsi sorang RM50.Adilkan? Ketam tu CikOdah tak menyentuh pun dan akhirnya lauk yang tak habis tu CikOdah minta pelayan kedai tu tapau jelah biar makan kat rumah lepas-lepas perut bertenang nanti hihihi.Nak dibiar sayang pulak.Tapi nak dibawa balik malu.At last tinggalkan aje sifat malu tu hihihihihi.Sehabis makan dan beri ruang suami CikOdah memanaskan muncungnya (merokok le tu) kami pun balik sebelum jam 8.00 malam kami dah tiba rumah.



Penangan makan besar punya pasal,senak dada CikOdah sebab makan tomyam banyak sangat.Pedas dan masam cukup berasa.Memang superb tomyamnya.Sesiapa yang berkunjung ke Kota Tinggi atau sekitar kawasan Desaru jangan lupa singgah ke Restoren Terapung Bujang Firefly di Sungai Lebam.Anda pasti puas hati!