Teman Cyber CikOdah

Saturday 21 July 2012

1 Ramadhan yang sunyi

Alhamdulillah.Sempurna sudah 1 Ramadhan.Dugaannya hari ni CikOdah diserang Mr.M yang jahat ( Mr.Migrain ) dan ada rasa loya-loya je.Tapi alhamdulillah CikOdah berjaya menyempurnakan ibadah puasa hari yang pertama.Hari ni suami CikOdah tak ada lagi atas urusan keja.Maknanya CikOdah berbuka sorang diri sajalah.Nak buat macamana kan dah tugas.CikOdah dah terbiasa.Dulu lagi pulak 4 tahun kami duduk berjauhan dan CikOdah steady je.Ini tak lama lagi bulan depan CikOdah pindah ke Ledang alamatnya duduk berjauhan lagilah kami.

Hari ni CikOdah sibuk mengemas sikit-sikit barang-barang dalam rumah.Malaslah nak kemas dan packing last minute maka CikOdah pun buatlah slow-slow mengemas.Biasanya benda yang kecil-kecil dan remeh temeh tu yang buat leceh nak mengemas.Tapi hari ni CikOdah berjaya dah kemaskan baju-baju lama 2 kotak.Packing baju-baju CikOdah 2 beg besar dan CikOdah tinggalkan beberapa helai baju je untuk CikOdah pakai sementara belum pindah ni.Nanti dipacking semua jadi Jane And Tarzan CikOdah lakibini kan?

Siap mengemas CikOdah baru teringat apa nak dimakan berbuka nanti.Tgk kat dapur ada maggie, sup cendawan tin, Karipap Frozen dgn fun-fries.Bosanlah makan itu aje.Maka cepat-cepat CikOdah bersiap dan menuju ke Bazzar Ramadhan.Tengok jam dalam kereta jam dah menunjukkan 6.11 petang.Masya Allah terleka CikOdah mengemas sampai ke petang.CikOdah sampai je Bazzar sedih betul tengok ramai peniaga dah nak tutup dan ada kedai menjual air tu dia punya q sangatlah panjangnya.Betul-betul untung peniaga di awal Ramadhan ni.Syukur.Yang nayanya CikOdahlah nak berbuka apa tak tau.Satu Bazzar tu CikOdah pusing tapi kuih muih dah licin.Yang CikOdah beli ialah kurma saja.CikOdah terus ke kedai runcit.CikOdah beli sebotol Sunquick, sekotak air kotak besar teh bunga, sepeket Quaker Oats dan serbuk kunyit.Cadangnya nak balik ni nak masak "Ayam Goreng Kunyit". Itu yang teringat serbuk kunyit kat rumah dah abis.

Sebelum balik CikOdah singgah restoren yang biasa CikOdah lepak dan beli 3 bungkus nasi putih dan sebungkus plastik ais kosong.Balik tu CikOdah sempat lagi singgah ke pejabat CikOdah dan rupa-rupanya memang CikOdah langkah kanan petang ni.Ada orang masjid sedekah Bubur Lambuk dan CikOdah ambik sebungkus.Bubur lambuk ni memang CikOdah suka sangat.

Tiba je rumah CikOdah tengok jam dah pukul 6.57 petang.Cepat-cepat CikOdah bersilat memasak.Nasib baiklah ayam tu CikOdah dah potong siap-siap semalam.CikOdah cuma rendamkan sekejap hilangkan sejuk beku dna potong sayur-sayur untuk dicampurkan bersama.Sonangbaitu,sekejap je tak sampai 15 minit siap dah Ayam Goreng Kunyit CikOdah.Memang terbelekik lah CikOdah makan berbuka ni.Apakan tidak tak ada kuah.CikOdah tak kisah janji makan.Inipun sykur Alhamdulillah kan?





Alhamdulillah.Syukur atas rezekiMu Ya Allah.Dalam pada itu CikOdah teringatkan mak dan adik beradik CikOdah yang lain.Moga mereka diberikan kesihatan yang baik di bulan yang mulia ni.Tak sabar CikOdah nak balik kampung bercuti.

5 comments:

  1. bulan pose ni seronok berbuka di kg kan..buka ramai2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rugi rasanya tak berpuasa di kg halaman sendiri,tapi apa nak buat adat merantau

      Delete
  2. selamat berpuasa cik odahh :) follow skali .. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tak sangka CikOdah terpilih..CikOdah dah email detailnya

    ReplyDelete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..