Teman Cyber CikOdah

Sunday 22 July 2012

"Sikit Sama Merasa"

Salam Ramadhan yang ke-2 untuk semua sahabat-sahabat blogger CikOdah.Line tenet CikOdah buat hal maka terbatas sikit CikOdah nak menghupdet blog apalagi nak memasukkan gambar dalam blog CikOdah.Geramnya CikOdah.

CikOdah meronda siang hari ni.Malam punya turn CikOdah tak merondalah nampaknya dan bolehlah CikOdah berbuka dengan keluarga mertua dekat sini.Yelah tak lama lagi CikOdah nak pindahkan.Mesti lepas ni tak dapat selalu nak makan masakan air tangan mak mertua CikOdah yang mervellous tu.Hari ni Cik Odah plan nak ajak suami CikOdah jalan jalan ambik angin di tepi pantai sebelum ke rumah ibunya.CikOdah plan nak beli kuih sikit dengan Ikan Bakar untuk menu berbuka.Mak mertua CikOdah tu kalau masak memanglah kuss semangat macam nak kenduri apatah lagi dia tau anak menantu dia nak berbuka sama urmm jawabnya memang tak larat makan la kami semua nanti.Tapi seronok semuanya bawa juadah masakan sendiri mahupun yang dibeli.Makan sorang sikit merapatkan ikatan adik-beradik dan anak-beranak kan?Seronok tengok anak-sanak sedara yang baru belajar pose makan dengan seronoknya.



Sebenarnya Ramadhan mengeratkan lagi hubungan kita dengan keluarga mahupun kawan-kawan.Kita akan ramai-ramai berkumpul adik beradik dan berbuka sama-sama.Seronok kan?Bagi yang masih ada kedua ibu dan bapa tu rajin-rajinlah menziarahi mereka di bulan yang mulia ni.Bawalah apa yang patut sebagai buahtangan janganlah datang berlenggang je kan.Walau mereka tak minta tapi kurang manis kan begitu?

Yang jiran sebelah menyebelah dan kawan-kawan tidak salahnya kita bersedekah menghantar dan bertukar-tukar juadah berbuka.Seronok tengok anak-anak membawa juadah berbuka untuk dihantar ke rumah jiran tetangga.Secara automatis anak-anak juga akan diterapkan budaya dan amalan yang terpuji sebegini.Sikit sama merasalah kan.CikOdah memang tak masak sedap-sedap tapi jika malu untuk diberikan kepada jiran maka CikOdah beli aje di bazzar ramadhan dan berikan mereka.Malu juga takut masakan kita tak sedap.Untuk tekak sendiri bolehlah.

Seperti tahun-tahun lepas tugas membataskan CikOdah meluangkan diri untuk bertaraweh.Tetapi ada masa terluang CikOdah boleh buat taraweh di rumah saja kalau tak bertugas malam.Tapi afdalnya bertaraweh ramai-ramai la kan mengimarahkan masjid dan surau.Insya Allah mungkin di masa-masa akan datang CikOdah berpeluang bertaraweh secara sempurna.

Oklah.Kita sambung nanti ok.Cik Odah akan updet lagi nanti.Selamat berpuasa untuk 2 Ramadhan hari ini dan nanti petang selamat  berbuka buat kamu semua.

4 comments:

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..