Teman Cyber CikOdah

Wednesday 11 July 2012

"Balai League Table Siri 1/2012"

09-11 Julai 2012 CikOdah bersama boss CikOdah dan 2 lagi opismate hadir untuk satu majlis untuk meraikan kami.Alhamdulillah balai  CikOdah berkerja telah memenangi "Anugerah Balai League Table Siri 1/2012 " bagi kategori Balai Polis kelas "D".Tak sangka CikOdah.Rasa bangga sangat-sangat sebab dah 12 tahun CikOdah bertugas di sini dan inilah pertama kalinya pengiktirafan terbesar yang dimenangi.Syabas kepada boss CikOdah dan teman-teman sekerja yang lain yang sama-sama tak tidur malam meronda.Akhirnya jasa dan pengorbanan kita dibalas dengan penghargaan sebegini.Alhamdulillah nikmat Allah.

Nak dijadikan cerita kami memenangi tempat ke-3.Dapatlah CikOdah merasa menaiki pentas bersalaman dan menatap  Yang Dihormati IGP Tan Sri Ismail secara empat mata.Bangga dan ada sedikit gementar semasa bersalaman dan Tan Sri menyebut nama CikOdah.Bukan senang orang-orang besar dan atasan nak sebut nama kita yang bawah-bawahan ni kan?Inilah antara pengalaman paling manis dalam hidup CikOdah pada tahun 2012 ni.Gembira rasa.Dapatlah imbuhan sorang RM 200 yang sebenarnya adalah rezeki bersempena Ramadhan yang akan datang.Terima kasih KDN dan semua yang terlibat.Anda memberi kami menerima.

Penganugerahan Balai League Table ini adalah salah satu mekanisme dalam NKRA.Apa itu NKRA? Anda semua boleh baca di "sini"


Handsome tak boss CikOdah sebelah kanan tu? Muda belia lagi tu.Tapi sorry not available lagi tau sebab dah berpunya.Yang 2 dan 3 dari kanan tu solo bolehlah pilih kalau berkenan di hati ( Jangan marah ! ).Kami sedang menunggu majlis bermula dan bersiap sedia naik ke pentas utama untuk terima anugerah.Nak makan pun tak lalu masa ni.

Tahniah warga kerja Balai Polis B.Penawar.Ini CikOdah jadikan kenangan terbaik untuk tahun 2012 ini.Semoga kita lebih maju jaya dan tahun depan dapat no.2 ataupun juara okey!

11 comments:

  1. ye la cik odah..muda benor boss tu..

    salam kenal..saya follow sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi fieda.Terima kasih komen.Memang muda lagi.Umurnya baru 28 tahun.

      Delete
  2. hai cik odah... cik samprit dah follow blk... hehe lawa la pinggan biru kat header tu.. sama set ngan mama kte.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi samprit..terima kasih follow disini.Pinggan tu CikOdah dapat masa CikOdah kawen dulu, sangat sayang sebab cantik set tu.Terima Kasih samprit,singgah sini selalu ye

      Delete
  3. wahh syabas!

    salam kenal cik odah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bitt, salam ramadhan juga buatmu

      Delete
  4. askm. cik odah. terima kasih singgah blog UI. selamat berpuasa dan salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ummi Iman terima kasih komen dan singgah di sini

      Delete
  5. assalammualaikum.. cikOdah.

    Tahniah ye! rezeki ramadhan..

    saya dari www.kisahsigemok.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih asyraf memang rezeki bulan Ramadhan,syukur

      Delete
  6. Berjalan-jalan dialam maya terjumpalah CikOdah ni...Sya nak tanya sikit...sebelum tu tahniahlah atas kemenangan balai CikOdah. Apa dia 'Balai League Table'? (sy masih samar2). Apa ciri2 yg hendak dicapai bagi membolehkan sesebuah balai tu menang anugerah ni? Bagaimana pula kategori yg balai yg dikelas-kelaskan hingga ada balai kelas 'D'?...saya berminat sgt nak tau..plse.

    ReplyDelete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..