Teman Cyber CikOdah

Monday 16 July 2012

Berita Gembira !

Patutlah rasa ada yang tak kena je hari ni.Rupanya CikOdah dapat berita gembira yang tidak disangka-sangka.Inilah hari yang paling menggembirakan CikOdah.Rasa nak melayang je CikOdah berjalan harini.Macam tak jejak tanah!

Padahal semasa CikOdah terima berita tu CikOdah tengah drive.Tapi banyak sangat panggilan telefon dari mana-mana orang entah.Agak kehairanan CikOdah petang tu sebab tak penah-penah CikOdah terima call bertalu-talu daripada member-member sampai macam tu sekali.Oh rupanya ini hal nya yang menyebabkan CikOdah jadi glemer pada petang 16 Julai  yang berbahagia itu tadi ...


CikOdah dapat tukar kerja dekat ngan kampung CikOdah!Yahooo rasa nak melompat tinggi-tinggi tapi CikOdah mana larat nak lompat.Nak berskipping 2-3 kali pun semput.Syukur Alhamdulillah Ya Allah kau telah perkenankan doa hambaMu ini.CikOdah dah bosan di sini.12 tahun CikOdah di sini biarlah CikOdah beralih angin.

Malamnya,CikOdah tidur dengan senyuman sampai ke telinga.Tidur ayam sambil berangan alangkah indahnya bila bertugas dekat dengan kampung halaman dan yang paling penting CikOdah nak menemani mak CikOdah di kampung!

Terima Kasih Ya Allah...

2 comments:

  1. Wah.... Tahniah diucapkan atas kenaikkan pangkat dan perpindahan ke suatu tempat yang diidamkan selama ini... semoga terus berjaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nasa .. Selamat Tinggal BP

      Delete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..