Teman Cyber CikOdah

Tuesday 31 July 2012

Berposing Sakan Di Loji Sg.Lebam

Petang ni tadi CikOdah meronda-ronda  dengan rakan sekerja CikOdah yang bernama Kpl Ramli tapi CikOdah lebih senang panggil dia dengan nama gelarnya saja "chip".Tak taulah CikOdah akan asal usulnya nama gelaran dia tu.Dah bunyi macam coklat chip nak buat biskut raya je CikOdah rasa hihihihi.

Kami meronda Gugusan Felda Lok Heng sebab si Chip ni nak jumpa dengan seseorang pasal dia nak beli handphone secondhand.Model Samsung Ace.Cantik juga CikOdah tengok akan tetapi CikOdah setia kepada yang satu.Hanya BB pujaan hatiku.Yang sebenarnya tangan CikOdah ni tak reti nak melayan handphone yang touch touch screen ni.Payah bebenau!

Balik dari Gugusan Felda Lok Heng kami masuk ke Felda Sungai Mas.CikOdah beli ayam panggang, bakso dan kuih seri muka dan talam cendol.Kopak jugalah duit CikOdah RM15 membeli juadah untuk berbuka nanti.


Kemudian dalam perjalanan balik kami singgah ke satu lokasi rondaan yang merupakan satu lokasi tumpuan yang sangat penting.Loji Air Sungai Lebam! Jalan nak naik ke atas di kawasan loji tu dah macam ala-ala jalan nak naik ke Bukit Larut Tepeng tapi takde lajh jauh sangat macam nak naik ke Bukit Larut tu.Jaraknya adalah dalam 700 meter macam tu sebelum tiba ke atas..Jom kita tengok apa yang ada di sana.







Besau tangki tadahan airnya!Masya Allah cantiknya dunia ciptaanMu Ya Allah.Bahang matahari yang panas tidak sikitpun CikOdah hirau sebab CikOdah nak shoot juga gambar-gambar sekitar logi air tersebut dan kelihatan dari atas nampak satu tasik buatan yang menjadi kawasan tadahan air.Cantiknya!






Cantik kan? Lepas puas berposing kat atas tu kami pun balik.Otak macam nak mendidih sebab panas sungguh cuaca hari ni.Pasang air-cond pun tak rasa sangat sejuknya.Inilah keja CikOdah, meniti hari-hari terakhir di sini sebelum berubah angin di lokasi dan suasana baru.Tinggal 9 hari saja lagi CikOdah nak menyarung uniform biru ni.Sedih pulak rasa hati.Ok selamat berbuka puasa sebentar saja lagi untuk semua rakan di luar sana.CikOdah berbuka puasa sorang diri hari ni.Suami CikOdah tiada kerana menziarahi ibu saudaranya yang meninggal dunia secara mengejut sekitar jam 2.00 petang tadi.Masa tu CikOdah sedang meronda sewaktu bapa mertua CikOdah memberitahu khabar sedih tersebut.Inalillah hiwainalillah Hirojiun.Moga Roh Mokde dicucuriNya dan moga beliau ditempatkan di sisi para kesayangan di Jannah sana.Amin..

8 comments:

  1. besarnye tangki...:) boleh jadi kolam renang nie..
    klik encik nuffnang.. http://chocolateholic4eva.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh banjir kawasan sekitar kalau pecah agaknya

      Delete
  2. cantiknya cik odah tempat ni...

    tak reti jugak nak kasi tips utk dapat BE sbb blog saya tu mmg jarang dapat mcm org lain dapat..tp sekali dapat alhamdulillah berbaloi...
    cik odah cer try baca sini...

    http://www.suterakasihyann.com/2011/10/tips-nuffnang-cara-nak-dapat-ruang-be.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fieda..cikodah dah baca dah..terima kasih share

      Delete
  3. wahh..memang cantik tempat tu..photoshoot best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rugi Cikodah takada kamera DSLR ... kalau tidak lagi cantik gambarnya.Bagus sapa yang gila shoot mengshoot photo datang sini

      Delete
  4. besarnya tempat tu..nk bakso juga.ahahha

    jom singgah baca entry kenangan ramadhan kt blog dya
    http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. bakso tu rupanya tak menawan tapi sedap boleh tahan.Cukup rasanya..

      Delete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..