Teman Cyber CikOdah

Monday 30 July 2012

Penghujung Julai Yang Indah

Diam tak diam dah nak penghujung Julai dah.Dah lebih setengah tahun.Masa berlalu terlalu cepat.Ini bermakna masih berbaki 10 hari lagi untuk CikOdah berkhidmat di sini.Sedih juga dalam hati nak tinggalkan daerah yang sungguh indah ni,tapi tugas dan arahan harus dipatuhi.Itu mesti!

Petang 30 Julai yang cerah hari ini CikOdah dan 2 lagi teman sekerja meronda-ronda jam 2 petang hingga 6 petang.Kami ke sebuah perkampungan Felda yang dikenali dengan Gugusan Felda Lok Heng.Ini kerana Felda Lok Heng terbahagi kepada Lok Heng Timur,Barat dan Selatan.Kawasannya besar dan agak cantik.Dan bila dah kawasannya besar maka catatan jenayahnya juga bolehlah tahan.Di sini merupakan antara port meronda yang paling CikOdah suka.


Jalan nak keluar-masuk Lok Heng agak beralun dan turun naik bukit.Memang syoklah mat rempit merempit malam-malam.Damai dan tenang je CikOdah tengok kehijauan sekeliling.Indahnya ciptaanMu Ya Allah.



Bila tengok kedai tu sedih dan sayu hati CikOdah ni.Manakan mungkin kejamnya seorang yang bergelar manusia pada hari ini yang tergamak membunuh zuriatnya sendiri meskipun zuriat itu tidak halal.Moga Allah ampunkan ibu kepada bayi perempuan yang comel tu.Dan moga bayi comel itu di Syurgalah tempatnya.Amin.


Juadah istimewa CikOdah untuk hari ini 10 Ramadhan ialah kuih Talam Suji dan Talam Keladi.CikOdah suka kuih ni.Harganya RM 1.20 bagi 1 potongan sebegini.Selamat Berbuka Puasa semua,Alhamdulillah sebentar saje lagi sempurnalah puasa kita yang ke 10 Ramadhan.Syukur Ya Allah.

9 comments:

  1. Nice post really I like it,great day 4U and keep in touch,salam ukhuwah dari indonesia.

    ReplyDelete
  2. manusia yg sudah hilang sifat kemanusiaannya sanggup membunuh zuriat sendiri..sedih tgk bayi2 yg dibuang

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik diberi sorang bayi tak berdosa tu pada CikOdah.Biar CikOdah bela daripada dibunuh bagai tiada harga nyawa.Masya Allah manusia akhir zaman..

      Delete
  3. Peehhh!!! ayat Cik Odah... sangat mengharukan... sedih lak bila baca introduction kat atas, Macam manalah rasenya bila org yg kita sayang akan meninggalkan kita huhuhuhuhu.... Kami kat sini sentiasa mendoakan semua yang terbaik utk AKAK... sebelum pergi watlah ayat lagi sedih bagi nangis satu balai huhuhhuhahahaha.... Whatever Life for Rent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti banjir pulak kat situ kalau CikOdah mengarang ayat sedih..

      Delete
  4. cik odah nk pergi mana?pindah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dyabunga..CikOdah nak berpindah ke Ibupejabat Polis Daerah Ledang,.. kamu nak ikut?Terima kasih komen di sini.

      Delete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..