Teman Cyber CikOdah

Wednesday 25 July 2012

Indahnya duniaku

CikOdah meronda lagi kali ini CikOdah menyusup dalam kebun kelapa sawit dan melihat destinasi popular para pemancing ikan air tawar dan juga udang galah.Sementara dalam perjalanan masuk ke dalam dan melewati pokok-pokok sawit ada CikOdah ternampak ayam hutan berlari ke sana-sini dengan bebasnya.Adalah 3-4 ekor.Kecil badan ayam hutan tersebut.Nak CikOdah ambil gambarnya tak sempat kerana ayam hutan berkenaan lari dengan laju dan terus terbang di celahg-celah pelepah sawit dan terus hilang.Enaknya kalau dapat makan gulai lemak cilipadi ayam hutan,mesti isi dan dagingya lembut dan manis.

Kemudian CikOdah sampai ke sebatang sungai yang menghijau direndangi beberapa pohon di tepi-tepi sungai tersebut.Permandangan yang sangat indah.Tapi terik matahari di awal petang sekitar jam 1.45 petang tu tidak memungkinkan CikOdah berdiri luar dalam jangkamasa yang lama sebab sakit kepala dibuatnya.Maka CikOdah sempat mengshoot beberapa keping gambar sahaja.Lepas tu Cik Odah pun keluar dari kawasan sawit tersebut.





Kemudian kami singgah ke Desaru Fruit Farm dan CikOdah beli sebotol madu asli.Madu tu harga asalnya RM120 tapi sebab kenal dengan tokeynya maka CikOdah dapat harga murah saja.CikOdah nak minum madu bercampur limau nipis setiap hari selepas selesai ibadah puasa ni.Ada hamba Allah yang mencadangkan CikOdah ambil madu setiap pagi untuk kecergasan badan,ketajaman akal fikiran dan baik untuk pelawasan.Kita cuba,kalau tak cuba manakan tau,kan?

Petang ni CikOdah tak memasak apapun.CikOdah nak berbuka puasa di rumah mertua.Kami beli saja juadah berbuka dan bawakan di sana,teruk betul menantu macam CikOdah ni kan?Yang sebenarnya CikOdah malas nak memasak sebab dah tau ibu mertua CikOdah mesti banyak juadah yang dimasaknya.Ok semua selamat berbuka untuk 5 Ramadhan.Moga-Moga sempurna puasa kita yang kelima hari ini dan seterusnya.Amin.Tata.


6 comments:

  1. Wah... untunglah reronda leh menikmati keindahan alam semulajadi sesambil beli madu. Bagus gak madu lebah nie. Ada modal leh gak lah nak beli.... hahah utk kesihatan. Mcm best je reronda di siang hari... whatever Life for Rent

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik nasa kalo nak rase meronda siang ayuhlah di hujung minggu kita ronda siang,tapi dengan syarat masa tu drivernya ialah udin atau pak usop.Yang lain-lain kemsalam la...

      Delete
  2. nak habaq mai..ayam utan ni daging dia liat/keras sikit lah cikodah...macam daging ayam kampung /burung gak...bukan le lembut cam ayam kentaki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih zack,baru CikOdah tau sebab CikOdah tak pernah makan.Terima kasoh kerana sudi singgah dan komen di sini.

      Delete
  3. salam perkenalan cik odah,wah bestnyer pegi meronda

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga buatmu mama aryan.Terima kasih singgah di belog CikOdah

      Delete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..