Teman Cyber CikOdah

Thursday 19 July 2012

"Jalan Jalan Hiburkan Hati"

Yang sebenarnya Cikodah dah terasa penat dan letih sangat berkerja.Indahnya hidup ni jika tak perlu kita berkerja.Mau naik badan CikOdah macam dipam-pamlah kalau tak kerja pusing dunia je kejanya.Impian CikOdah tu tak tercapai dek akal.Kalau CikOdah tak keja macamana pulak CikOdah nak survive idup dalam dunia ni kan?Lainlah kalau mak abah CikOdah memang keturunan kaya ...

Kalau dah penat sangat keja,CikOdah akan merayap jalan-jalan tepi pantai.Tak pun CikOdah pegi cari port makan yang best dan biasanya kedai-kedai kampung menjadi favourite CikOdah.CikOdah ni budak kampung tu sebab CikOdah suka makanan kampung!Sesekali je CikOdah berangan jadi minah salleh.


Ini kawasan pesisir pantai bercampur sungai di Kampung Johor Lama.Lokasinya di kawasan Telok Sengat dan kira-kira 20 Km dari rumah CikOdah  di sini.Cantik kampungnya dan tersembunyi.Saja CikOdah jalan-jalan kononnya nak membeli ketam dan sotong fresh dari nelayan di sini tapi kempunan dibuatnya CikOdah bila tengok jety tu nanado pun nelayan balik dari laut.Nampaknya CikOdah sudah salah time.Biasanya mereka akan naik ke darat seawal jam 5.00 petang.Ini dah jam 6.30 baru CikOdah sampai.Melepaslah!


Inilah jeti yang selalu mereka naikkan hasil tangkapan hari-hari.Ada ikan ,ada sotong ,ada udang dan ada ketam.Menggigit jari CikOdah nampaknya.Pemandangan kat sini memang cantik.Sayangnya CikOdah nanado camera DSLR.Kalau tidak mahu dan mencarap CikOdah mengsnap angel-angel menarik di sekitar kawasan Johor Lama ni.Inipun CikOdah guna camera digital biasa NIKON.Bolehlah dari tiada.


Tong-tong ikan mereka kosong.Sah mereka dah balik.Lain kali CikOdah kena datang sini lebih awal barulah tak berputih mata.Ingatkan bolehlah beli sotong yang besar-besar nak dibuat kerabu.Tak apa lain hari ada.Sebelum CikOdah balik CikOdah snap gambar-gambar yang agak menarik di sini.


Cantik betul pemandangannya.Cuaca pun mendung hari ni.Pantai pun tengah surut dan boleh nampak si anak ketam berlari-lari sana sini di pasir lumpur tu.Ikutkan hati nak aje CikOdah terjun tapi taknaklah.Mana kita tahu tu tempat orang lain kan?Tak pasal-pasal nanti CikOdah kena sembur.



Ini "Sipot Timba" yang sempat CikOdah snap gambarnya sebelum balik meninggalkan Johor Lama.Banyak sungguh siput ni di celah-celah batu.Katanya kawan CikOdah time surut memang banyak sipot ni.Kalau nak dikutip memang tak terlarat.Sedap katanya kalau dimasak cuma CikOdah ni bukanlah peminat sipot dan memang tak berapa reti nak makan sipot.Masak sipot apatah lagi.Tak pernah seumur hidup CikOdah masak Sipot! Minta maaf ye sipot.Hanya Mee Sipot je yang pernah CikOdah goreng untuk minum petang!



Last but not least.Ini gambar terakhir CikOdah snap.CikOdah nak balik dah nak masuk senja.Nanti disaruk antu laut siapa yang susah?CikOdah sendiri jugak yang susah.Nanti bila CikOdah dah dapat beli seafood fresh-fresh kat sini CikOdah akan ceritakan lagi ok.Bye Bye, Asalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..