Teman Cyber CikOdah

Thursday 26 July 2012

Ronda-Ronda Lebuhraya

Ronda lagi.Mesti semua bosan CikOdah asyik bercerita tentang lokasi rondaan CikOdah.Bukan apa,sebab inilah kerja dan kehidupan CikOdah.Dah memang kejanya begini.Lagipun kalau dirumah tiada apa yang menarik untuk dikongsikan.Hari ni CikOdah meronda jam 12tengahari hingga 4 petang lagi.CikOdah pergi ke kawasan Lebuhraya Desaru-Senai ( SDE Expressway ).Perjalanan hendak sampai ke Jambatan lebih kurang 15 minit je.Dengan cuaca yang panas terik CikOdah ajak juga incharge CikOdah iaitu Kpl Usop ke sana.Saja nak birukan mata tengok air laut.Jom kita cuci mata dengan membiru dan memutihkan mata sekejap.









Segar kejap mata yang memang dah sedia layu meronda dikala matahari tegak ni.Kemudian kami keluar highway dan kami ke Sungai Mas dan Lok Heng untuk membeli juadah berbuka puasa.Dan inilah apa yang CikOdah beli untuk santapan CikOdah berbuka hari ini.CikOdah sendiri lagi.Maka belilah ala kadar saja karang jam 12 tengah malam meronda kita jalan jalan cari makan lagi.



Selamat berbuka puasa untuk semua.Insya Allah hampir sempurna puasa kita ke 6 Ramadhan tinggal tidak beberapa jam saja lagi.CikOdah bersyukur dengan rezekiNya yang dilimpahkan ke atas CikOdah untuk bulan yang penuh rahmat dan mulia ini.Sehingga berjumpa lagi.Salam dan tata.

8 comments:

  1. Replies
    1. CikOdah pun sama tu sebab CikOdah membelinya...

      Delete
  2. Wah pi ronda kat jambatan Highway Senai-Desaru...untunglah. Kak, apa di buat kapal sebeso2 tue wat dok diam ke kat situ? tak pernah saya tengok bergerak. Kapal nak jadi muzium terapung ke? hahah... apa kata Kak Odah jadi Kapten Kapal tue leh bawak satu kampung belajar... whatever CIkOdah memang Sempoi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapal tu kapal korek kot.Tu yang statik je tu.Kalau CikOdah jadi kapten kapal,bestnyerrr CikOdah pusing keliling dunia naik kapal

      Delete
  3. seronok la keje ronda-ronda,bole tenangkan fikiran ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama aryan..sambil meronda sambil menghiburkan hati dan menikmati indahnya bumi ciptaanNya

      Delete
  4. owhh itu nama kuih lopeh kae.. hehe jumpa kat bazar p xtahu itu kuih ape..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia kuih lopes, ada tu lagi hijau warnanya

      Delete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..