Selamat menunaikan ibadah puasa esok hari.CikOdah punyalah teruja sangat sebab tak sabar nak merasai suasana berpuasa lama sedikit di kampung.Ikutkan perancangan Cikodah akan menjalani cuti berpindah pada 9 Ogos ( hari ulangtahun kelahiran mak CikOdah ke -60 tahun ) dan CikOdah akan melapor diri di tempat kerja baru pada 16 Ogos dan terus berkerja tanpa mengambil cuti raya.Maknanya CikOdah takk cuti rayalah.Tapi tak mengapa kampung dah dekat hehehehe.
Bersempena esok puasa ingatkan nak lah CikOdah membeli lauk untuk dimasak sahur esok.Tapi bila mengenangkan suami CikOdah pun tak ada hari ni atas urusan keja maka malaslah pulak CikOdah nak memasak sahur nanti.Pandai-pandailah CikOdah makan apa saja yang ada untuk sahur.Maklumlah solo makanan banyak pun tak guna kalau makan seorang diri (sedihnya!).Pergi ke Pasar Minggu BP memang menyedihkan ,tak sampai 10 gerai yang buka.Akhirnya CikOdah ke kedai di DU aje sebelah pasaraya SAKAN tu.CikOdah buntu tak tau nak beli apa.Ini ajelah yang CikOdah beli untuk bekalan peti sejuk yang lama kosong dan sepi tu.
Beli 4 macam barang pun dah lebih 10 ringgit,duit jaman ni memang 10 ringgit dah macam tak ada nilai.CikOdah beli 2 keping dada ayam , bunga kobis, kacang buncis dan lada merah.Ingatkan esok berbuka nak masak nasi dengan "Ayam Goreng Kunyit" saja.Campurkan aje bunga kobis dengan kacang buncis ni.Azam tahun ni CikOdah tak mahu nak berboros-borosan.Nanti nak pindah ni semuanya nak guna duit.Raya lagi, 2 benda besar yang datang serentak dalam satu masa.Bersabarlah CikOdah!
Barulah ada rupa peti sejuk berfungsi.Biasanya kosong je peti sejuk CikOdah ni tak ada lauk.Yang biasa ada Karipap Frozen yang menjadi kegemaran Cikodah dan suami.Buat bazir karen je kan?
Oh ye.Lupa nak cerita.Tadi CikOdah beli sebungkus Nasi Kerabu di Pasar Tani BP tu.Nasib gerai akak tu buka dapatlah mengubat hati yang lara dan perut yang berkeroncong.Rezeki CikOdah malam ni untuk makan malam Nasi Kerabu ( memang favourite CikOdah walaupun CikOdah bukan org pantai timur).Jom makan.Makan by solo la apa lagi ( kesian tak baca? )
Nampak tak puyuh goreng tu?Sedapnya Ya Rabbi.Masa CikOdah beli tadi berasap-asap puyuh tu sebab baru je diangkat dari kuali siap digoreng.Ini harganya RM 7.00.Memang berbaloi kerana sedap dan akak tu tak lokek dengan CikOdah sebab dia tau Cikodah pengunjung tetap Nasi Kerabu dia.So dia beri extra sambal kelapa dengan ulam-ulam tu.Terbaiklah!
Selamat berpuasa ye semua! Moga kita dapat menjalankan rukun islam ke -3 dengan sempurna.Moga kita mendapat keberkataan pada bulan yang mulia ini.Amin..
salam kenal dr akak wc,cik odah! selamat berpuasa juga akak ucapkan..baru jer tadi anak akak suruh masak ayam goreng kunyit utk sahur..siannya makan sorang2 ye ? wah! terbaik nasi kerabu tu!
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi kalau sudi bertandang sini lagi.Nasi kerabu tu memang marvellous.Salam Ramadhan untuk akak sekeluarga di sana
Deleteselamat berpuasa utk cik odah sekeluarga..hehehe
ReplyDeleteTerima Kasih jaa .. selamat berpuasa juga buat jaa dan keluarga
DeleteSelamat berpuasa Cik Odah hehe
ReplyDeleteTerima kasih ajib selamat berpuasa juga untuk kamu
Deleteslmt bpoce.. =)
ReplyDeleteSelamat juga untukmu mizz RFL terima kasih komen belog CikOdah
Deleteselamat berpuasa.
ReplyDeleterm10 tu, mmg mcm xde nilai. brg mahal sekarang ni. xde benda yang murah
selamat berpuasa untuk mama adam juga , memang benda sekarang semuanya mahal, tak mcm zaman dulu dulu
Deletepose jangan tak pose. sedapnya nasi kerabu, i likeeee :)
ReplyDeleteterima kasih Nurul Husna..memang sedap nasi kerabunya tu sampai licin cikodah sental
Deletejom join segmen yana http://lyanna95.blogspot.com/2012/07/10-random-question-ramadhan-by-yana-yani.html
ReplyDeleteTerima kasih Yana,nanti CikOdah singgah belog kamu
Deleteselamat berpuasa akak, oh sodapnyo nasi kerabu.. :)
ReplyDeleteHi Carl..nasi karabu tu memang umphh tau,terima kasih komen di sini.Selamat Berpuasa juga buat Carl
Delete