Teman Cyber CikOdah

Monday 23 July 2012

Ronda Pantai Di Pagi Hari

Cuma ada 16 hari lagi CikOdah bertugas di sini serta menetap di sini.Dalam masa 16 hari inilah peluang untuk CikOdah menghargai apa saja yang ada di depan mata CikOdah samada orang di sekeliling CikOdah mahupun dimana jua CikOdah pergi ke lokasi-lokasi menarik yang selama 12 tahun dipandang sepi oleh CikOdah selama ini.Dulu semasa mula-mula CikOdah tercampak di sini 12 tahun yang lalu,CikOdah suka ke pantai.Habis kerja CikOdah bersama sahabat CikOdah yang sama-sama dicampakkan di hujung-hujung dunia ni akan pergi ke pantai.Samada kami mandi ataupun kami duduk-duduk mengambil angin pantai sambil bercerita.Suka sangat senario masa tu.Tapi lama kelamaan perasaan jemu datang.Jarang CikOdah ke pantai hanya sesekali CikOdah berkunjung apabila berkelah bersama keluarga.Ataupun bila ada kes kematian lemas di pantai.Itupun bergantung kepada tugas CikOdah ketika kejadian.Jika CikOdah meronda adalah CikOdah kesana.Dalam setahun tu adalah 4-5 kali sahaja CikOdah ke sana.Biasanya kami lalu-lalu saja semasa ronda.Keterujaan menikmati angin pantai di sini semakin kurang.Tetapi kini setelah di hujung-hujung waktu, keterujaan itu kembali.Wah!

Lazimnya hanya pengunjung-pengunjung luar saja yang berminat ke sini.Tetapi bagi penduduk tempatan ada aku  kisah?Nak mati ke nak lemas ke sapa suruh kau mandi?Begitulah senarionya lebih kurang.Pagi tadi CikOdah bertugas ronda dari jam 8.00 hingga 12.00 tengahari.Apalagi,CikOdah pun merondalah di kawasan pantai.Dan kali ini destinasi pilihan kami ialah "Tanjung Lompat".Ianya adalah kawasan penempatan sementara para nelayan tempatan di sebuah kawasan yang agak terpencil dan tersorok yang hanya beberapa kilometer saja dari pantai Tanjung Balau.Bukan semua tahu lokasinya di mana tetapi hanya para nelayan dan pemacing tegar je yang tau lokasinya ini.Jom kita menikmati suasananya di bawah ..




Dan CikOdah bawa bersama adik-adik Sukarelawan Polis (SP) yang selama ini banyak membantu CikOdah dalam tugas seharian.Tak lama lagi je CikOdah bertugas dengan mereka.Esok-esok adalah pengganti yang menggantikan CikOdah dan bawa mereka meronda.Mereka-mereka ni adalah sukarelawan yang dilantik untuk membantu pihak polis membuat rondaan.Maka kami bawalah mereka bersama ketika penugasan ronda.Seronok juga meronda beramai-ramai.Buat peneman mengantuk!


Kalau bab berposing serahkan saja pada mereka bertiga! Ok itu saja catatan untuk pagi ini.Matahari dah tegak meninggi dan mata CikOdah pun semakin melayu.Kami habis meronda jam 12 tengahari dan balik untuk berehat kerana malam nanti CikOdah meronda kembali.Tata, selamat berpuasa untuk 3 Ramadhan untuk semua.CikOdah mula mencega-cega apa juadah berbuka nak dimasak dan dibeli nanti.

10 comments:

  1. waa... ronda2 sambil menikmati pemandangan pantai... cik odah, Selamat berpuasa ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. semut senyum terima kasih komen di sini.CikOdah bertugas di kawasan area pantai.Kalau boring2 apatah lagi bulan puasa ni tak boleh nak makan minum maka kami menjamu mata je la dengan pemandangan sekeliling.Selamat berpuasa juga buatmu semut senyum

      Delete
  2. dah nak kena pindah ke?musti rindu tmpt lama kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul anneraini CikOdah kena lapor diri tugas baru sebagai anggota polis traffik di Ledang (Tangkak),mesti rindu-rinduan di sini.Nasib baik rumah mertua di sini jadi akan selalu jugalah ke mari walau tak lagi menetap di sini.Terima kasih komen di sini ye.

      Delete
  3. cantiknya pantai....


    salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik wahida.Sejuk mata memandang kebiruannya.Terima kasih follow CikOdah dan CikOdah dah follow belog anda.Terima kasih komen di sini ye.Seronok baca belog kamu.

      Delete
  4. hai...salam perkenalan..
    dayah suka lah baca entry cik odah..
    dayah dah follow sini..
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga buat Dayah.Terima kasih kerana singgah , follow dan komen di belog CikOdah.Nanti CikOdah melawat kamu pula ye.

      Delete
  5. Ala Kak Odah oi... tak kan dgn SP Pompuan je.. pic kami yang SP jantan2 perkasa nie tak de ke? Whatever pun we always miss u. Don't forget we all ye... Semoga Berbakti untuk Negara Pertiwi...

    ReplyDelete
  6. wah dah nak ke tempat baru.... selamnat berpindah laa cik odah.... semoga trus sukses..

    ReplyDelete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..