Teman Cyber CikOdah

Monday 23 July 2012

Popia Basah Darurat CikOdah



Sehabis saja meronda pagi tadi dan balik pun dah masuk tengahari CikOdah melelapkan mata sampai tersedar jam 3.30 petang.Masya Allah nasib baik terjaga untuk Zohor.Selesai Zohor CikOdah melayankan mata lagi sampailah jam 5.30 petang.Teruk benar kan?Inilah jadinya kalau CikOdah berseorangan.Tak tau apa nak dibuat.Nak mengemas buntu fikiran dan akhirnya apabila CikOdah bangun je jam 5.30 petang tu terus CikOdah Asar.Lepas tu mulalah terfikir apa aku nak masak harini.

Akhirnya CikOdah memutuskan nak buat Popia Basah.Tapi ini versi darurat sebab barang-barang memang tak menepati piawaian dan standard sebenar pembuatan Popia Basah.Bantai je la janji tak makan nasi.Malas nak makan nasi.

Bahan-bahannya mudah aje.Ada daging ayam,sayur-sayur,cili padi, bawang untuk menumis maka akan siaplah initinya yang mudah mengikut citarasa masing-masing tetapi tidak mengikut standart sebenar resipi POPIA BASAH ok?Jom kita tengok rupa paras muka bumi Popia Basah Darurat Cik Odah.








Alhamdulillah.CikOdah buat 3 keping aje.Sayangnya kulit popia tu tak reti nak dinipiskan maka dah serupa lempeng.Inilah Popia Basah Darurat resepi ciptaan CikOdah untuk dijadikan juadah berbuka sebab malas nak makan nasi.Minum pula sunquick oren dan 3 biji kurma.Itu sudah cukup nikmat dan kenyang buat CikOdah.Ada 2 keping lagi CikOdah simpan untuk CikOdah makan balik ronda malam ni nanti.Silap haribulan itu juga juada bersahur CikOdah.Alhamdulillah sempurna sudah 3 Ramadhan hari ini.Bersyukur ke atas nikmatmu Ya Allah.Selamat beribadat semua.CikOdah nak bersiap meronda sekejap lagi hingga jam 12 tengah malam.Salam.

6 comments:

  1. olo cik odah..ok la tu..nmpk sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieda, CikOdah tak reti nak buat kulitnya supaya nipis sangat nanti takut terkoyak,hihihihihi

      Delete
  2. Salam kenal cik Odah.
    Nampak sedap popia basah cik Odah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga buatmu norzie hany,memang sedap popia basah tu cumanya kulit popianya kurang nipis.Kalau nipis lagi lagilah sedap.Terima kasih kerana komen di sini ye

      Delete
  3. omaigod! i love popiah basah!!! nanti nak buat lah! :D

    SALAM RAMADHAN ya? ;)

    ReplyDelete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..