Teman Cyber CikOdah

Sunday 22 July 2012

" Ronda Ronda "

Petang tadi seperti dirancang CikOdah membonceng si merah pujaan hati suami CikOdah ke Bazzar Ramadhan Adela untuk mencari juadah berbuka.Lihatlah apa yang kami beli.Puas cari kuih yang berkenan di hati akhirnya CikOdah memilih "Tepung Bungkus".Sedap tau.


Inilah juadah berbukanya.Ikan Tuka Bakar, Urap Pengaga + Taugeh + Daun Kunyit, Ayam Percik berkuah Satay (Kalau tau dia punya kuah rasa satay baiklah CikOdah beli aje Satay Ayam ) , Sambal Kupang dan 2 ketul Bergedil Kentang.Alhamdulillah rezeki Allah.


Inilah kuih Tepung Bungkusnya.Nampak tak menarik tetapi rasanya sedap bukan main.Cuma Cikodah kelakar makcik penjual tu,dalam tupperware tu ada 5 keping tapi dia beri CikOdah 4 keping je dengan harga RM1.Apa salahnya dia masukkan yang berbaki 1 tu sebagai sedekah atau kalau takut rugi cas jelah berapa nak cas CikOdah bayar je la kan.Macam-macam gelagat penjual kat bazzar musim-musim buat duit ni kan.

Lepas beli juadah berbuka Cikodah dan suami meronda-ronda dengan motor.Tertonggek montot CikOdah dibuatnya.Tapi sesekali naik motor best kan.Asyik memandu pun bosan juga.Kami ke kawasan Desaru yang jauhnya hanya 5 minit dari rumah CikOdah.


Jangan tiru aksi sebegini ini aksi berbahaya mengambil gambar ketika membonceng motor.Silap haribulan tergolek dog.


CikOdah kasi enterframekan sekali penunggang setia CikOdah yang sanggup ke mana saja dengan Cikodah yang banyak cingkadak ni.Si merah inilah "madu" baru CikOdah.Menyampah bila suami CikOdah asyik mengulit dia je.

Ok.Tiada apa yang menarik hari ni.Ingatkan nak berbuka dengan keluarga mertua tapi mereka keluar menghantar adik ipar bongsu CikOdah balik ke asrama sekolah.Jadinya plan berbuka sama mereka cancel.Alhamdulillah sempurna sudah puasa ke 2 Ramadhan.Moga Allah memberi peluang untuk kita mengerjakan puasa ke 3 Ramadhan dan seterusnya.Insya Allah.

6 comments:

  1. Sabarlah ye CikOdah ye... Peh memang smart moto baru tue... semoga lebih cekal dgn kesabaran, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik nasa dulu pun peminat motor besar kan?org lelaki ni mana boleh ditahan-tahan kehendaknya,maka CikOdah relakan aje dimadukan oleh Ninja Merah tu,hihihi

      Delete
  2. rezeki tu kan. alhamdulillah... cik odah ni duduk mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu rezeki Allah.CikOdah menetap di Bandar Penawar,tapi bulan depan je lepas tu CikOdah dah pindah.Terima kasih anisalya singgah di belog CikOdah

      Delete
  3. kuih aper tuh eh?
    nmpk cam sdp plk walopn x nmpk isi :)

    ReplyDelete
  4. namanya kuih Tepung Bungkus,pernah makan ?

    ReplyDelete

Sila komen secara berhemah ye sahabat dan tinggalkan LINK belog anda untuk mudah CikOdah menziarahi anda semula TERIMA KASIH ..